Ahmad Suaidi Ibnu Utsman H Madsira Al-Bantani |
Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kalian semua selepas tahun ini. Oleh karenanya,
dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang
yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,
sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, anggaplah jiwa dan
harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah
kamu sakiti siapapun, agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi
.
Ingatlah bahwa
sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas
segala amalan kamu.
Allah telah
mengharamkan riba, oleh karenanya, segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah
terhadap setan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia
sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas
kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga
berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka karena
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu
atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,
dengarlah sungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah Sholat
lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat dari harta
kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa
dan beramal saleh.
Ingatlah,
bahwa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
atas segala yang telah kamu kerjakan. Oleh karenanya, berhati-hatilah agar
jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku
Wahai manusia,
tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir
agama baru. Oleh Karenanya wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Alqur’an dan Sunnahku.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar
dariku.
Saksikanlah Ya
Allah, bahwasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu
Khutbah
Terakhir Rasulullah ini disampaikan
pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di lembah Uranah, Gunung Arafah.
Allahumma
Shalli ‘ala Muhammad Wa ‘ala ali Muhammad.